19 Jul 2016

Masalah dan Hukum pemakaian warna pada rambut (HENNA/INAI & DYE)

Masalah dan Hukum pemakaian warna pada rambut (HENNA/INAI & DYE)


SOALAN:


Pada masa ini telah banyak dijual jenis pewarna rambut yang bertanda halal. Akibat daripada tanda halal tersebut ada di kalangan orang Islam termasuk pelajar telah menggunakan bahan pewarna tersebut dengan tiada keraguan.

(i) Setakat manakah kehalalan pemakaian bahan pewarna tersebut?
(ii) Apakah ianya tidak menghalang sampainya air ketika mengangkat hadas?

Jawapan:

Perkataan halal pada kebiasaannya adalah digunakan untuk barang makanan termasuklah sumber pendapatan sebagaimana yang biasa disebut iaitu rezeki yang halal. Adapun barang gunaan umpamanya pewarna rambut, minyak rambut dan barang-barang kosmetik, penggunaan perkataan halal itu tidak tepat. Jika tujuan penamaan label HALAL itu adalah untuk membolehkan orang Islam memakai atau menggunakannya, perkataan yang tepat ialah suci bererti tidak najis kerana kita dilarang menggunakan atau memakai barang-barang yang najis. Inilah pemakaian atau penggunaan yang patut diketahui oleh orang-orang Islam.

Rambut merupakan bahagian yang wajib dibasuh ketika mandi junub atau mengangkat hadas kecil (wudhu). Ini bererti air yang bersih mesti sampai ke semua bahagian rambut termasuklah kulit kepala ketika mandi junub itu atau sebahagiannya ketika berwudhu. Jika ada sesuatu yang menghalang air untuk sampai membasahi rambut, maka tidaklah sah mandi hadas besar dan wudhu berkenaan. Sehubungan dengan itu ibadat-ibadat yang dilakukan seperti sembahyang menjadi tidak sah kerana hadas atau wudhunya itu tidak terangkat.

Dari itu sekiranya pewarna rambut itu sifatnya melekat atau melapis rambut, sekalipun ianya suci maka ia sudah pasti menghalang air untuk sampai ke rambut. Jika ini terjadi, maka mandi junub umpamanya dalam keadaan rambut diwarnakan dengan bahan tersebut adalah tidak sah dan ini akan menyebabkan ibadahnya seperti sembahyang tidak sah kerana hadasnya tidak terangkat.

Berbeza halnya, jika pewarna rambut itu tidak melekat di atas rambut seperti sifatnya meresap sepertimana meresapnya inai (pacar) pada jari dan kuku. Ini tidak menghalang air daripada sampai ke bahagian yang wajib dibasuh.

Tambahan lagi, berdasarkan Fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti Kerajaan Brunei, mereka menyatakan bahawa pewarna rambut (dye) yang sifatnya menghalang air sampai ke rambut adalah tidak boleh dipakai sekalipun ia suci atau menurut istilah setengah negara sebagai HALAL.

Selain daripada memerhatikan kepada aspek atau jenis pewarna yang digunakan untuk mewarnakan rambut itu sebagaimana yang telah dibincangkan di atas serta kesan pemakaiannya yang boleh menyebabkan tidak sah ibadat yang dilakukan sekiranya ibadat tersebut disyaratkan melakukannya dalam keadaan thahârah, adalah penting untuk kita menilai sejauh manakah pandangan syara‘ tentang hukum mewarnakan rambut ini.

Mewarna rambut itu tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya dengan alasan bahawa pewarna yang digunakan itu adalah halal ataupun suci.

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Bahawasanya orang Yahudi dan Nasrani tidak mewarnakan (uban mereka) maka hendaklah kamu tidak menyerupai mereka.” (Hadis riwayat Muslim).

Ini diperkuatkan lagi dengan peristiwa ketika Abu Quhafah (ayah kepada Sayyidina Abu Bakar Radhiallahu ‘anhu) dibawa ke hadapan Baginda pada hari pembukaan Makkah yang mana ketika itu rambut dan janggutnya dipenuhi dengan uban, maka Baginda bersabda:

Maksudnya: “Tukarkan (warna uban) ini dengan sesuatu dan jauhilah daripada (menggunakan) pewarna hitam.”
(Hadis riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis di atas para ulama berpendapat bahawa mewarnakan uban yang tumbuh pada rambut kepala adalah sunat sama ada lelaki atau perempuan. Warna yang disunatkan untuk digunakan pula ialah kuning atau merah kecuali warna hitam, kerana haram menggunakan pewarna hitam menurut pendapat al-ashah. Walau bagaimanapun harus mewarnakan uban itu dengan pewarna hitam sekiranya bertujuan untuk menakutkan pihak musuh ketika berjihad.

Sebagaimana yang dijelaskan oleh hadis di atas bahawa tujuan mewarnakan uban itu adalah untuk membezakan kebiasaan kaum Yahudi dan Nasrani yang mana mereka itu meninggalkan perbuatan mewarnakan uban.

Sementara itu pula rambut yang tidak beruban adalah sayugia ianya dikekalkan atau dibiarkan sepertimana aslinya. Ia tidak perlu diwarnakan kecuali jika ada sesuatu yang memerlukan ia diwarnakan umpamanya untuk tujuan perubatan.

Akan tetapi jika perbuatan mewarnakan itu dengan bentuk atau gaya sepertimana fesyen dan penampilan orang-orang kafir yang tidak sesuai dengan akhlak Islam sebagaimana yang kita saksikan menjadi ikutan oleh anak-anak Islam, maka perbuatan itu adalah haram sekalipun pewarna yang dipakai itu suci. Dengan melakukan perbuatan itu bererti mengikut budaya orang bukan Islam. Ini adalah perkara yang dilarang oleh hukum syara‘ kerana larangan menyerupai mereka disebut oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam dengan sabda Baginda:
Maksudnya: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah daripada golongan mereka.”
(Hadis riwayat Abu Daud).

Menyerupai mereka dari sudut penampilan zahiriah sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu al-Qaiyim al-Jawziyyah merupakan satu jalan ke arah menyerupai mereka dari segi maksud dan perbuatan. Ia juga sebenarnya timbul atas dasar suka dan menganggap ianya adalah satu perkara yang baik. Apabila seseorang itu menganggapnya satu kebaikan maka cenderunglah dirinya untuk melakukannya. Apabila dia sudah melakukannya buat pertama kali nescaya akan diulanginya untuk kali kedua dan seterusnya sehingga menjadi adat atau kebiasaan kepada dirinya. Dengan itu akan lenyaplah nilai-nilai Islam di dalam dirinya itu.

Dari itu perbuatan menyerupai orang-orang kafir itu adalah sangat ditegah sekalipun tanpa tujuan meniru perbuatan mereka itu, demi menjaga iman dan aqidah umat Islam daripada terjebak ke arah perkara yang membawa kufur. Wal‘iyâdzubillah.

Selain daripada itu mewarna rambut khususnya bagi wanita sudah tentu akan membawa kepada pendedahan aurat, kerana tujuan mewarnakan itu sendiri adalah untuk ditonton dan disaksikan. Jika yang menyaksikan itu mahramnya, maka tidaklah haram, tetapi jika bukan, yakni lelaki ajnabiy (asing), maka perbuatan mendedahkan aurat di hadapan orang bukan mahram itu hukumnya adalah haram.

Berbalik kepada tanda atau logo halal pada barang gunaan, ia bukanlah suatu jaminan bahawa benda itu boleh dipakai, kerana penipuan boleh saja berlaku, bahkan telah pun banyak berlaku, di mana pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan label halal semata-mata untuk mendapatkan kepercayaan pengguna.

Jika sifat pewarna rambut itu menghalang air sampai ke rambut, maka ia tidak boleh dipakai sekalipun ia suci. Walaupun ada tertera label halal atau suci, namun apa yang lebih selamat ialah meninggalkannya demi menyelamatkan diri daripada syubhah. Lagipun tidak jelas dari segi keperluan memakainya.

Menjauhi perkara syubhah atau samar-samar itu merupakan tuntutan syara‘. Dengan menjauhinya akan terpeliharalah agama.

Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: “Tinggalkanlah barang yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi dan an-Nasa’i)

Sabda Baginda lagi:
Maksudnya: “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram juga jelas (terang) dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang kesamaran, yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia, maka sesiapa memelihara (dirinya daripada) segala yang kesamaran, sesungguhnya dia telah memelihara agama dan kehormatannya. Dan sesiapa yang jatuh ke dalam perkara kesamaran, jatuhlah dia ke dalam yang haram, seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternakannya) makan di dalamnya. Ketahuilah bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan. Ketahuilah bahawa larangan Allah ialah segala yang diharamkanNya. Ketahuilah, bahawa di dalam badan itu ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah seluruh badan, dan apabila ia rosak, rosaklah semuanya, ketahuilah, itulah dia hati.”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jalan dan Cara penyelesaiannya bagi yang telah mewarnakan rambut ialah;
Gunting Botak andai yg diwarnakan itu pada keseluruhan rambut.



P/s:Pakai Inai saja.

Diharamkan mewarnakan rambut selagi tidak beruban dan diharamkan juga diwarnakan dengan warna hitam.

Yg dibenarkan warna hitam ini hanyalah untuk pejuang Fisabillillah.

Berpandukan : Fatwa Mufti Kerajaan Brunei Tahun 2001

SUMBER: Hamba Allah

شكرا جزيلا

18 Jul 2016

Akta, Enakmen, & Ordinan.

Salam Bai’ah,
Sukalah saya nak berkongsi kepada pembaca sikit takrif dan
kefahaman secara umum berkenaan istilah undang-undang.

Istilah undang-undang seperti juga konsepnya istilah Fiqh yang terdapat di dalam pengajian syariah, iaitu ada maksud tertentu, ada huraian maksud yang tertentu, ada tafsiran yang mesti dirujuk secara tepat, dihafal dan difahami.
Apa itu Akta ?
Akta adalah  ungkapan asing yang dari perkataan
iaitu ‘act’ yang bermaksud akta.

Di Malaysia, akta bermaksud sebarang undang-undang yang digubal,
dipinda, dibahas dan diwartakan sebagai undang-undang yang diguna
pakai di Negara Malaysia yang dibuat oleh Dewan Rakyat [parlimen].

Apa itu Enakmen ?
Enakmen bermaksud sebarang undang-undang yang digubal,
dipinda dan dibahas didalam Dewan Undangan Negeri [DUN] pada  negeri-negeri semenanjung serta sabah selepas kemerdekaan yang dibuat oleh masing-masing.

Apa itu Ordinan ?
Ordinan bermaksud sebarang undang-undang yang digubal,
dipinda, dan dibahas yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri [DUN] Sarawak,
serta Sabah pada sebelum kemerdekaan.

sekian,


شكرا جزيلا

19 May 2016

Sahabat, Jangan Bersedih

Kepada sahabatku yang terpalit dengan lumuran dosa, 
ketahuilah bahawa saudara tidak keseorangan. Saya pun bukan manusia sempurna. Kita sama-sama berdosa. Sama-sama saya mengajak saudara untuk kembali kepada yg Esa. Hinaan orang di sekeliling kita bukan penutup pintu taubat-Nya.

Taubat Allah hanya tertutup pada dua perkara, iaitu pertama, mati dan kedua, matahari terbit dari barat. Selain daripada itu, berkejar-kejaranlah kita mencapai keampunan-Nya.

Memang susah mahu meninggalkan dosa. Namun, kita perlu berusaha. Seperti usahanya pembunuh 100 orang, dalam hadith yg dilaporkan oleh Muslim, lelaki itu tidak sempat bertaubat. Tetapi, Allah mengampunkannya dan memasukkannya ke dalam syurga, kerana dia bergerak kepadaNya.

Jangan kita berlengah. Biar seluruh dunia menghina kita. Jangan kita jadikan itu pelambat langkahan kita kepada Allah s.w.t.

Saya ada kata-kata sebagai perkongsian, "sahabat, saya mahu berpimpin tangan dengan saudara untuk masuk syurga. Sekiranya saudara terjun ke dalam neraka sekalipun, saya juga terjun dalam api itu, bagi menarik tangan saudara semula."

Ini kerana, saya sahabat saudara. Apabila saya yg tersungkur, suka sekiranya ada yg menghulurkan tangan. Manusia, perlu sokong-menyokong, nasihat-menasihati, dan bantu membantu. Baru ada sempurna menyempurnakan.

Jangan berputus asa dengan hinaan orang.

Kita bergerak kepada Allah yang langsung tidak menghina kita.

Allah yang mengampunkan dosa-dosa kita.

شكرا جزيلا

5 Apr 2016

Dia Yg Dulu Bukanlah Yg Sekarang

Dari renup matanya.
kita tak tahu siapa dirinya dahulu.
Dari pemakaiannya.
kita lihat dia seperti seorang yang alim penuh ilmu agama di dada.

Tapi.
hakikatnya jika diizinkan dia untuk bercerita tentang siapa dia dahulu.
mungkin semua tidak akan sangka dia jadi seperti siapa dia sekarang.
tidak terlihat sedikit pun dirinya yang dahulu.

yang mungkin saja dahulunya dia teruk.
yang mungkin saja dahulunya dia lalui kisah hitam.
yang mungkin saja dahulunya dia lakukan sesuatu yang dia rasa ke neraka tempatnya andai dia mati waktu dulu itu.

waktu dia lakukan kemungkaran.

Tapi.
Allahu itu sangat baik.
tertutup aibnya sangat rapat seperti bayi yang baru lahir saat dia melangkah untuk melalui penghijrahan dirinya.
Saat itu orang menampakkan dia seperti seorang yang baik alim seakan tidak lakukan dosa.
Walhal.
punya betapa dia melawan nafsu diri untuk tidak kembali seperti dirinya yang dulu.

Jadi.
jangan anggap semua yang dilihat indah itu pemakaiannya seperti orang yang tidak lalui zaman hitamnya.
kerana usahanya dia melangkah jalan yang baru andai dia terjatuh atau lakukan kesilapan lagi, bantulah dia.
jangan menghukum seolah dia seperti seorang yang bersalah besar.

sedang dia sedang berjihad melawan nafsu untuk tidak jadi seperti dulu lagi.

Berhenti menilai, tapi bermulalah membantu.


[Usrah Santai]


شكرا جزيلا

Muslimah Itu..




Muslimah itu..


Terkadang gelak kuat tak henti.
Terkadang minum berdiri.
Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayat kursi.
Terkadang pakai stoking mula dari kiri.



Muslimah itu..



Terkadang gembira sampai tayang gigi.
Terkadang air matanya menitis laju tak terperi.
Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun-bangun lagi.
Terkadang rasa marah menguasai diri.
Sampai rasa nak lempang orang tu laju-laju without mercy.



Muslimah itu..



Adalah manusia biasa.
Yang tak lari dari segala bagai perasaan sebagai manusia.
Yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba.
Yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya.
Yang tak lari dari buat khilaf salah dan dosa.



Kerana apa?
Kerana dia juga manusia biasa.



Jadi tanya diri.
Kena cari apa itu kelemahan diri.



Cuba perbaiki. Meskipun sukar. 

http://eldakwatsotong.blogspot.my/

شكرا جزيلا

Bicara Seorang Pendosa


Dengan Bismillah aku memulakan bicara...

Tatkala aku melangkah ke denai keinsafan,
Hati menginginkan sesuatu yang dapat menenangkan cik Qalbu,
Terasa selama ini aku sudah terlalu jauh dari jalan-Nya,
Hati yang kian lalai dan hanyut dengan kesenangan dunia,

Sungguh, selama ini aku menyedari itu semua,
Namun, nafsu jahat itu masih tidak dapat dikawal,
Meskipun aku sudah dididik tentang ilmu agama sejak kecil,
Entah, mengapa?

Hahaha... Jangan ditanya mengapa sebabnya!
Jika engkau menyedarinya dari dulu, alangkah beruntungnya diri.
Salah itu terletak pada diri kau sendiri!
Mengapa tidak engkau bertindak dari dulu lagi?Mengapa?

Ya, seharusnya dari dulu! Salah itu memang pada diriku!
Mengapa dari dulu aku tidak berubah, sedangkan aku tahu itu semua tanggungjawabku sebagai seorang hamba-Nya.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat-Nya,
Aku masih diberi kesempatan untuk menebus segala kekhilafan yang telah aku lakukan sebelum ini,
Diberi peluang untuk memulakan perjalanan baru sebagai seorang muslimah.

"Duhai Mujahidah! Ayuh berubah! Usah menyerah! Segera bangkitlah! Gapai solehah! Capai Mardhatillah!"

Doakan ana!!



شكرا جزيلا

Allahu Rabbi..



Tuhan,
 betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuat-MU kecewa


Entah mungkin karna ku terlena
Sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghamba pada-MU

betapa tak ada apa-apanya
aku dihadapan-MU
Aku ingin mencintai-MU setulusnya sebenar-benar aku cinta
dalam doa
dalam ucapan
dalam setiap langkahku


Aku ingin mendekati-MU
selamanya

Sehina apapun diriku
ku berharap
untuk bertemu dengan-MU Ya Rabbi…..



شكرا جزيلا

Aku Tinggalkan Si Dia Kerana Dia & Aku Bahagia...


Dulu-dulu,
Waktu pertama kali aku kenal dia,

Aku rasa dialah yang paling hot, paling hebat dalam kalangan rakan-rakannya,
Aku rasa bertuah,
Bertuah sebab dapat kenal dia,
Dan dapat jadi salah seorang rakan baik dia.




Lama-lama,
Aku jadi makin rapat,
Hariku takkan lengkap tanpa sepotong 'sms' darinya,
Dengan hati yang alpa,
Aku makin hanyut,
Terus hanyut dalam dunia kelalaianku.




Aku akui,
Waktu itu, tiada seorang sahabat pun yang berani menegur kesalahan yang aku lakukan itu,
Atau mungkin bukan lagi dalam golongan erti kata 'kesalahan',
Namun lebih kepada 'kemaksiatan',
Jika difikir-fikirkan kembali,
Waktu itu aku tidak mempunyai seorang pun sahabat sejati,
Sahabat yang mampu menegur kesilapanku bak kata Saidina Ali~




Namun,
Itu semua kamus hidupku yang dulu,
Agak pedih untuk dikenang,
Namun pasti ku jadikan pengajaran. 






Lama-kelamaan,
Dengan biah solehah yang hidup dalam hari-hariku,

Aku semakin tertarik,
Tertarik dengan ungkapan 'cinta Allah' yang sering diungkapkan di bibir-bibir para akhowat,
Selama itu juga,
Aku belajar,
Belajar untuk mengetahui sejauh mana keterlanjuranku dalam persahabatan yang tiada batas.




Lalu,
Dengan secebis hidayah dan imaan yang berada di hati,
Ku tekadkan niat, 
Untuk meninggalkan dunia yang ku miliki tika itu~ 
Meninggalkan si dia kerana Dia,
Pemilik segala cinta.
Alhamdulillah,
Waktu itu, aku yakin~
Teramat yakin bahawa Allah di sisiku,
Mendukung keputusanku dan membantu perubahanku.




Tak ku nafikan,
Bukan mudah untuk berubah dari tepi jalanan ke tikar sejadah,

Bukan mudah untuk berhenti 'berteman' dengan mereka-mereka dan si dia yang setia menemani hariku,
Kerap sahaja,
Ada 'mereka-mereka' yang terus menghubungiku,
Dan sehingga kini, tidak putus jua.
Namun, ku hadapi semuanya dengan satu ungkapan~




MUJAHADAH!




Ya =)
Mujahadah~~

Seberat mana pun rasa yang ada di hatiku untuk meninggalkan semua perkara itu dahulu,
Seberat mana pun akibat daripada perbuatanku yang dahulu,
Aku masih tetap bersyukur..
Bersyukur,
Kerana aku punya Dia.
Dan kerana aku tidak silap,
Dalam meninggalkan si dia kerana Dia,
Pemilik segala cinta,
Yang kekal dan abadi.




Saranghae ya Allah, 
Alhamdulillah.





شكرا جزيلا

2 Apr 2016

Sebuah Pertemuan




Ketika diri mencari sinar 
Secebis cahaya menerangi laluan 
Ada kalanya langkahku tersasar 
Tersungkur di lembah kegelapan 

Bagaikan terdengar bisikan rindu 
Mengalun kalimah menyapa keinsafan 
Kehadiranmu menyentuh kalbu 
Menyalakan obor pengharapan 
 
Tika ku kealpaan 
Kau bisikkan bicara keinsafan 
Kau beri kekuatan, tika aku 
Diuji dengan dugaan, 
Saat ku kehilangan keyakinan, 
Kau nyalakan harapan 
Saat ku meragukan keampunan Tuhan, 
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala.. 

 Menitis airmataku keharuan 
Kepada sebuah pertemuan 
Kehadiranmu mendamaikan 
Hati yang dahulu keresahan 

Cinta yang semakin kesamaran 
Kau gilap cahaya kebahagiaan 
Tulus keikhlasan menjadi ikatan 
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan 

Titisan air mata menyubur cinta 
Dan rindu pun berbunga 
Mekar tidak pernah layu 
Damainya hati 
Yang dulu resah keliru 
Cintaku takkan pudar diuji dugaan 
Mengharum dalam harapan 
Moga kan kesampaian kepada Tuhan 
Lantaran diri hamba kerdil dan hina 

Syukur sungguh di hati ini 
Dikurniakan teman sejati 
Menunjuk jalan dekati-Nya 
Tika diri dalam kebuntuan 

Betapa aku menghargai 
Kejujuran yang kau beri 
Mengajarku mengenal erti 
Cinta hakiki yang abadi 

Tiada yang menjadi impian 
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan 
Yang terbias pada ketulusan 
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman..

شكرا جزيلا

Mengejar Mardhatillah

..بسم الله الرحمن الرحيم

alhamdulillah sekarang ramai yg telah berhijrah dari free-hair ke memakai tudung. ada yg dari tudung singkat ke tudung labuh, ada yg tudung labuh sehingga memakai niqab. satu perubahan yg baik.

tapi dalam proses perubahan ini, adakah niat itu kerana Allah ataupun kerana manusia atau sebab yg lain? adakah ia ikhlas atau tidak? tepuk dada tanya iman.

namun bukan niat aku mempersendakan orang-orang yg telah berubah ni kerana aku tau Allah telah sentuh hati mereka utk sedikit demi sedikit kembali ke landasan yg betul. Ya, tapi apa yg aku ingin katakan sebenarnya jangan pernah merasa utk berubah hanya kerana manusia. jika berubah kerana manusia, apabila dia telah pergi dari hidupmu, niat utk berubah itu tidak akan bertahan lama. tetapi apabila kau berniat utk berubah ikhlas kerana Allah, bahkan, di hatimu akan terlintas utk menjauhi perkara yg mendatangkan kemungkaran.
contohnya, bila kita ada bf/gf dan kita pun berniat berubah kerana dia, utk kelihatan sorg yg baik di matanya, dan bila tetiba si kekasih bawa putus, secara automatik niat kita akan berubah 360darjah kerana kita niat utk berubah sebab dia, bukan sebab Allah. dan niat itu tidak bertahan lama. tetapi apabila kita berniat utk berubah ikhlas kerana Allah, inshaallah Allah akan buka mata hati kita utk menilai mana baik buruk. secara automatik kita akan sedar bahawa perhubungan yg sedang dialami tu adalah haram. 




"La Taqrabu Zina"
QS 17;32



Surah al Isra terang-terang dah katakan jangan dekati zina. ia sebenarnya adalah kiasan. tiada istilah couple islamic dalam bercouple. even tidak pegang tangan or something like that, tapi kita sendiri tahu, ketika couple kita mesti tidak terhindar dengan rasa rindu, cinta, sayang dan sebagainya. tahukah zina hati juga ada? zina hati apabila kita terlalu ingat tentang seseorang pendek kata angau sehingga kita lupa Allah. hati kita dah 100% utk dia. kita asyik rindu dia, kita whatsapp, chat, oncall tapi bila dengan Allah, last seen quran kita bila? solat ada jaga? sebabtu Allah dah cakap dalam quran jangan dekati zina. sedikit kita mendekatinya, ia akan membawa kehancuran kepada kita. kita pasti akan lupa Dia. kita pasti akan lakukan kemungkaran. kerana bercouple adalah zina.


okay, back to the story, bila kita berubah kerana Allah kita akan sedar semua yg kita lakukan itu adalah salah. dan bila Allah tarik seseorang tu dari hidup kita, kita tidak akan rasa apa-apa sebab hati kita lebih mencintai Allah dari mencintai manusia. tidak perlu bersedih atau meratapi seseorang yg kita cintai itu pergi dari hidup kita. Allah buat itu semua ada hikmahNya, pernah dengar ayat ni, 'if it has any good in it, it would have stayed' haa fahamkan lah ayat tu. even pendek tapi deep. ayat tu lah yg telah buka mata aku. yg buat aku sedar. 
sedih? 
ya pada mulanya aku sedih tapi apabila aku ajar hati utk redha, semua kesedihan dan kepedihan tu hilang. dapat move on easily. tengok? kalau kita percaya dengan takdir Allah, Dia akan mudahkan utk kita. mungkin Allah nak hadirkan seseorang yg lebih baik. who knows? 

 Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan ke atas kamu pedihnya sebuah pengharapan, supaya kamu mengetahui bahwa Allah sangat mencemburui hati yang berharap selain Dia. Maka Allah menghalangimu dari perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepada-Nya. -Imam Syafi’i - 

ketika aku jumpa ayat ni, allahu! lantas mata aku berkaca. aku tidak sedar akan semua ni. aku terlalu berharap dengan manusia padahal Dia yg berkuasa membolak balik hati kita. bila-bila masa boleh berubah. terlalu berharap dengan manusia sehingga kita lupa Dia.

ujian dalam berhijrah ni..
perlu kuatkan semangat dan hati. tetapkan niat kerana Allah, bukan kerana manusia.
aku dulu pernah beberapa kali rebah dalam berhijrah. niat tidak kukuh, iman tidak kuat. niat berhijrah telah lama tertanam. since sekolah menengah lagi namun tiada kekuatan. tapi aku tetap gagahkan diri, paksa diri utk buat perubahan. kita tidak tahu bila ajal akan menjemput kita. silap-silap belum sempat bertaubat, Allah dah tarik nyawa kita. ya, ketika proses hijrah ni memang macam macam ujian yg Allah beri. itu semua utk buktikan keimanan kita, dan sejauh mana niat kita utk berubah itu bertahan. Allah buat semua tu kerana Dia sayang. hijrah itu pahit, kerana syurga itu manis. aku akui, berkali-kali aku cuba utk memakai tudung labuh, namun niat itu terhenti d setakat yg mampu. mungkin dek kerana niat berubah sebab manusia. kerana iman yg belum kukuh, aku rebah. aku tau, aku masih lemah. namun selepas itu aku masih kuatkan hati utk berubah. aku tidak berputus asa. aku kumpulkan semangat dan niat. seringkali menangis kerana rebah dalam perjuangan. namun apalah erti hidup jika tidak pada landasan yg betul. perlahan-lahan, aku betulkan niat, aku cuba utk lebihkan kasih sayang aku buat Dia. tetapi ketika itu aku masih bercouple. dan selepas itu perubahan aku juga tidak bertahan lama. bila aku sedar dengan bercouple ni banyak yg menghalang aku utk berubah, aku putuskan utk tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan. dan Allah memudahkan aku dengan perpisahan tersebut. aku yakinkan diri bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang. Dia tahu apa yg terbaik buat aku. alhamdulillah, Allah mudahkan semuanya. lihatlah, jika kita berniat utk jauhi zina, secara automatik kita mudah utk melakukan kebaikan.

bagi sesiapa yg sedang berubah ke arah kebaikan, teruskan! jangan pernah berputus asa. kerana Allah tidak menyukai hambaNya yg mudah berputus asa.

kadang-kadang aku cemburu. cemburu lihat muslimah yg lebih alim dari aku. yg kuat dari aku. aku cemburu! yg hatinya juga sering berkocak dan diuji namun tetap utuh dengan pendirian. aku sedar aku masih belum cukup kuat dalam penghijrahan ini, namun dgn segala kudrat ini, aku sentiasa berdoa agar Allah tidak pesongkan hati aku lagi. dan semoga Allah tetapkan hati aku sentiasa beristiqamah.

ya, terkadang timbul di hati.. terasa nak seperti dahulu, fashion, style, dipuji orang ramai, namun apa lah pujian itu jika Allah membenci. apalah gunanya berhijrah jika masih menoleh ke belakang. cerita lama sudah basi. terasa nak guna tudung bidang 45 walhal ketika ini aku sedang jinakkan diri dengan memakai tudung labuh. terkadang iman turun naik. tapi aku cepat-cepat ingatkan diri niat aku utk berubah. alhamdulillah, sekali lagi Allah bantu memudahkan penghijrahan aku dengan study course syariah ni. aku bersyukur sangat. course ni sedikit sebanyak membantu aku, mengajar aku banyak tentang agama, perkara yg aku tidak sedar selama ni, dan buatkan aku istiqamah utk berlabuh. Dia hadirkan juga aku rakan-rakan yg sentiasa ingatkan aku tentang solat dan tentang agama. allahurabbi..

beruntunglah sesiapa yg tengah berjihad fi sabilillah tanpa bantuan dan sokongan moral. kalian sangat kuat! percayalah, Allah lihat perjuangan kita. 

wahai para muslimah,
tetapkan hati utk sentiasa istiqamah. aku tahu mengejar mardhatillah itu bukan mudah. tetapi setiap perjuangan itu adalah pahala. setiap peluh yg mengalir ketika sedang menutup aurat itu di kira pahala. jangan pernah mengeluh. kita adalah pendosa tanpa noktah, namun apakah kita ingin selamanya bergelumang dengan dosa? Allah tidak pandang kita yg dahulu, Dia pandang kita yg sekarang. yg sedang berjihad ke jalanNya. yg sedang berubah meraih redhaNya. Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. jangan pernah berputus asa.

wanita yg baik utk lelaki yg baik, dan begitulah sebaliknya.
semoga dengan perubahan ini, Allah hadirkan kita orang-orang yg baik, dan jodohkan kita dengan orang yg baik. yg sentiasa mengingatkan kita dengan Allah. yg sering mengajak kita utk mendekatkan diri dengan Allah. aamiin..

bersusah-susah dahulu, bersenang senang kemudian.

biarlah kita bersusah-susah dan berpanas di dunia, asalkan kita bersenang-senang di syurga Allah kelak. inshaallah.

pesanku, jangan lupa selitkan namaku d setiap doa kalian. fi hifzillah.


شكرا جزيلا

Hari Kehancuran Tidak Menunggu Taubatmu

Assalamualaikum..

Setelah berhempas pulas refresh balik macamana edit blog, akhirnya dapat juga ubah layout sikit-sikit. alhamdulillah.. nampak perubahan juga kan? hehehehe

tetiba rasa macam mau buat entry, tentang kehidupan kita di akhir zaman ni. rasulullah 1400 tahun dahulu pernah bersabda bahawa kiamat itu semakin dekat. namun setelah 1400 tahun berlalu kiamat masih belum berlaku, so kita yg hidup di zaman sekarang ni perlu bersiap dengan amalan. mungkin yg Rasulullah maksudkan 'dekat' tu berlaku pada zaman kita. seperti yg kita tahu kehidupan kita ni adalah di fasa akhir. di fasa yg mana dajjal akan keluar dll. tanda-tanda kecil kiamat pun telah banyak berlaku even since zaman para sahabat lagi, apatah lagi tanda-tanda besar. kita sebagai hambaNya yg kerdil dan fikiran yg terbatas seharusnya menundukkan diri dan berserah kepadaNya. kita tidak tahu bilanya akan berlaku kiamat. mungkin esok, lusa, minggu hadapan? walhal kita masih belum siapkan amalan yg banyak utk menghadapNya di akhirat kelak. malu.. sungguh malu! kita diberi nikmat yg tidak terhingga, harta, kesenangan, tubuh badan yg sihat namun kita gunakan ke arah yg tidak berfaedah dan tiada manfaat utk hari akhirat. malah kita melakukan dosa yg tidak henti henti namun Dia masih tetap ampunkan dosa-dosa kita. masih beri peluang utk kita perbaiki kesilapan kita. tapi kita masih leka dan lalai. bayangkan jika kita masih tidak sedar akan semua tu, dan bila Allah telah murka, Dia ambil nyawa kita ketika kita dalam keadaan iman yg sangat lemah, ketika melakukan dosa.. kita tiada kuasa utk berpatah balik utk bertaubat lagi. walhal Dia telah banyak beri peluang utk kita bertaubat, namun kita sia-siakan. pendek kata, siksaan di akhirat yg sangat kejam akan kita rasakan. 

kita sendiri tahu bagaimana rasanya apabila kita keep giving chances kepada org yg sering sakitkan hati kita, tapi dia seringkali persiakan. it hurts right? tapi Allah itu Maha Pengampun. bersyukurlah kita masih diberi peluang utk bertaubat selepas kita melakukan dosa. Dia masih sayang kita. Dia sebenarnya ingin tengok kita cari Dia bila kita dah jauh dari Dia. walaupun kita sering mengkhianatiNya. allahu.. 

jangan cabar Allah!

cuba kita fikirkan, kita inginkan syurga namun kita tiada usaha untuk mendapatkan syurga tersebut dengan meraih redha Allah. sama seperti kita inginkan kekayaan namun kita tiada usaha utk hal tersebut.
redha Allah di sini adalah apabila kita hidup, kita hidup dalam syariat islam. kita tidak buat Dia murka. kita tidak tinggal solat. kita jauhi perkara-perkara kemungkaran, kita dekati perkara-perkara yg mendekatkan diri dengan Dia..

bagi sesiapa sahaja yg membaca entry ini,
aku buat entry ini bukan utk meraih hal-hal keduniaan, namun aku sedang mengajak kalian utk kembali mengingatiNya. kiamat itu berlaku tanpa diduga. siapkan diri dan amalan kita utk berjumpaNya. takut jika nanti-nanti kita tidak sempat bertaubat atau tidak cukup amalan, dunia ini telah musnah. Kun Faya Kun. kita tidak dapat lagi kembali ke dunia utk buat perkara-perkara kebaikan. allahurabbi. iman aku juga masih lemah. aku buat ini juga sebagai peringatan terhadap diri sendiri. semoga kita sentiasa mengingatiNya walau dalam apa jua keadaan, senang mahupun susah. semua itu adalah ujian dariNya. be alert! Dia sering menguji iman kita.

شكرا جزيلا