2 Apr 2016

Mengejar Mardhatillah

..بسم الله الرحمن الرحيم

alhamdulillah sekarang ramai yg telah berhijrah dari free-hair ke memakai tudung. ada yg dari tudung singkat ke tudung labuh, ada yg tudung labuh sehingga memakai niqab. satu perubahan yg baik.

tapi dalam proses perubahan ini, adakah niat itu kerana Allah ataupun kerana manusia atau sebab yg lain? adakah ia ikhlas atau tidak? tepuk dada tanya iman.

namun bukan niat aku mempersendakan orang-orang yg telah berubah ni kerana aku tau Allah telah sentuh hati mereka utk sedikit demi sedikit kembali ke landasan yg betul. Ya, tapi apa yg aku ingin katakan sebenarnya jangan pernah merasa utk berubah hanya kerana manusia. jika berubah kerana manusia, apabila dia telah pergi dari hidupmu, niat utk berubah itu tidak akan bertahan lama. tetapi apabila kau berniat utk berubah ikhlas kerana Allah, bahkan, di hatimu akan terlintas utk menjauhi perkara yg mendatangkan kemungkaran.
contohnya, bila kita ada bf/gf dan kita pun berniat berubah kerana dia, utk kelihatan sorg yg baik di matanya, dan bila tetiba si kekasih bawa putus, secara automatik niat kita akan berubah 360darjah kerana kita niat utk berubah sebab dia, bukan sebab Allah. dan niat itu tidak bertahan lama. tetapi apabila kita berniat utk berubah ikhlas kerana Allah, inshaallah Allah akan buka mata hati kita utk menilai mana baik buruk. secara automatik kita akan sedar bahawa perhubungan yg sedang dialami tu adalah haram. 




"La Taqrabu Zina"
QS 17;32



Surah al Isra terang-terang dah katakan jangan dekati zina. ia sebenarnya adalah kiasan. tiada istilah couple islamic dalam bercouple. even tidak pegang tangan or something like that, tapi kita sendiri tahu, ketika couple kita mesti tidak terhindar dengan rasa rindu, cinta, sayang dan sebagainya. tahukah zina hati juga ada? zina hati apabila kita terlalu ingat tentang seseorang pendek kata angau sehingga kita lupa Allah. hati kita dah 100% utk dia. kita asyik rindu dia, kita whatsapp, chat, oncall tapi bila dengan Allah, last seen quran kita bila? solat ada jaga? sebabtu Allah dah cakap dalam quran jangan dekati zina. sedikit kita mendekatinya, ia akan membawa kehancuran kepada kita. kita pasti akan lupa Dia. kita pasti akan lakukan kemungkaran. kerana bercouple adalah zina.


okay, back to the story, bila kita berubah kerana Allah kita akan sedar semua yg kita lakukan itu adalah salah. dan bila Allah tarik seseorang tu dari hidup kita, kita tidak akan rasa apa-apa sebab hati kita lebih mencintai Allah dari mencintai manusia. tidak perlu bersedih atau meratapi seseorang yg kita cintai itu pergi dari hidup kita. Allah buat itu semua ada hikmahNya, pernah dengar ayat ni, 'if it has any good in it, it would have stayed' haa fahamkan lah ayat tu. even pendek tapi deep. ayat tu lah yg telah buka mata aku. yg buat aku sedar. 
sedih? 
ya pada mulanya aku sedih tapi apabila aku ajar hati utk redha, semua kesedihan dan kepedihan tu hilang. dapat move on easily. tengok? kalau kita percaya dengan takdir Allah, Dia akan mudahkan utk kita. mungkin Allah nak hadirkan seseorang yg lebih baik. who knows? 

 Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan ke atas kamu pedihnya sebuah pengharapan, supaya kamu mengetahui bahwa Allah sangat mencemburui hati yang berharap selain Dia. Maka Allah menghalangimu dari perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepada-Nya. -Imam Syafi’i - 

ketika aku jumpa ayat ni, allahu! lantas mata aku berkaca. aku tidak sedar akan semua ni. aku terlalu berharap dengan manusia padahal Dia yg berkuasa membolak balik hati kita. bila-bila masa boleh berubah. terlalu berharap dengan manusia sehingga kita lupa Dia.

ujian dalam berhijrah ni..
perlu kuatkan semangat dan hati. tetapkan niat kerana Allah, bukan kerana manusia.
aku dulu pernah beberapa kali rebah dalam berhijrah. niat tidak kukuh, iman tidak kuat. niat berhijrah telah lama tertanam. since sekolah menengah lagi namun tiada kekuatan. tapi aku tetap gagahkan diri, paksa diri utk buat perubahan. kita tidak tahu bila ajal akan menjemput kita. silap-silap belum sempat bertaubat, Allah dah tarik nyawa kita. ya, ketika proses hijrah ni memang macam macam ujian yg Allah beri. itu semua utk buktikan keimanan kita, dan sejauh mana niat kita utk berubah itu bertahan. Allah buat semua tu kerana Dia sayang. hijrah itu pahit, kerana syurga itu manis. aku akui, berkali-kali aku cuba utk memakai tudung labuh, namun niat itu terhenti d setakat yg mampu. mungkin dek kerana niat berubah sebab manusia. kerana iman yg belum kukuh, aku rebah. aku tau, aku masih lemah. namun selepas itu aku masih kuatkan hati utk berubah. aku tidak berputus asa. aku kumpulkan semangat dan niat. seringkali menangis kerana rebah dalam perjuangan. namun apalah erti hidup jika tidak pada landasan yg betul. perlahan-lahan, aku betulkan niat, aku cuba utk lebihkan kasih sayang aku buat Dia. tetapi ketika itu aku masih bercouple. dan selepas itu perubahan aku juga tidak bertahan lama. bila aku sedar dengan bercouple ni banyak yg menghalang aku utk berubah, aku putuskan utk tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan. dan Allah memudahkan aku dengan perpisahan tersebut. aku yakinkan diri bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang. Dia tahu apa yg terbaik buat aku. alhamdulillah, Allah mudahkan semuanya. lihatlah, jika kita berniat utk jauhi zina, secara automatik kita mudah utk melakukan kebaikan.

bagi sesiapa yg sedang berubah ke arah kebaikan, teruskan! jangan pernah berputus asa. kerana Allah tidak menyukai hambaNya yg mudah berputus asa.

kadang-kadang aku cemburu. cemburu lihat muslimah yg lebih alim dari aku. yg kuat dari aku. aku cemburu! yg hatinya juga sering berkocak dan diuji namun tetap utuh dengan pendirian. aku sedar aku masih belum cukup kuat dalam penghijrahan ini, namun dgn segala kudrat ini, aku sentiasa berdoa agar Allah tidak pesongkan hati aku lagi. dan semoga Allah tetapkan hati aku sentiasa beristiqamah.

ya, terkadang timbul di hati.. terasa nak seperti dahulu, fashion, style, dipuji orang ramai, namun apa lah pujian itu jika Allah membenci. apalah gunanya berhijrah jika masih menoleh ke belakang. cerita lama sudah basi. terasa nak guna tudung bidang 45 walhal ketika ini aku sedang jinakkan diri dengan memakai tudung labuh. terkadang iman turun naik. tapi aku cepat-cepat ingatkan diri niat aku utk berubah. alhamdulillah, sekali lagi Allah bantu memudahkan penghijrahan aku dengan study course syariah ni. aku bersyukur sangat. course ni sedikit sebanyak membantu aku, mengajar aku banyak tentang agama, perkara yg aku tidak sedar selama ni, dan buatkan aku istiqamah utk berlabuh. Dia hadirkan juga aku rakan-rakan yg sentiasa ingatkan aku tentang solat dan tentang agama. allahurabbi..

beruntunglah sesiapa yg tengah berjihad fi sabilillah tanpa bantuan dan sokongan moral. kalian sangat kuat! percayalah, Allah lihat perjuangan kita. 

wahai para muslimah,
tetapkan hati utk sentiasa istiqamah. aku tahu mengejar mardhatillah itu bukan mudah. tetapi setiap perjuangan itu adalah pahala. setiap peluh yg mengalir ketika sedang menutup aurat itu di kira pahala. jangan pernah mengeluh. kita adalah pendosa tanpa noktah, namun apakah kita ingin selamanya bergelumang dengan dosa? Allah tidak pandang kita yg dahulu, Dia pandang kita yg sekarang. yg sedang berjihad ke jalanNya. yg sedang berubah meraih redhaNya. Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. jangan pernah berputus asa.

wanita yg baik utk lelaki yg baik, dan begitulah sebaliknya.
semoga dengan perubahan ini, Allah hadirkan kita orang-orang yg baik, dan jodohkan kita dengan orang yg baik. yg sentiasa mengingatkan kita dengan Allah. yg sering mengajak kita utk mendekatkan diri dengan Allah. aamiin..

bersusah-susah dahulu, bersenang senang kemudian.

biarlah kita bersusah-susah dan berpanas di dunia, asalkan kita bersenang-senang di syurga Allah kelak. inshaallah.

pesanku, jangan lupa selitkan namaku d setiap doa kalian. fi hifzillah.


شكرا جزيلا

No comments: