19 May 2016

Sahabat, Jangan Bersedih

Kepada sahabatku yang terpalit dengan lumuran dosa, 
ketahuilah bahawa saudara tidak keseorangan. Saya pun bukan manusia sempurna. Kita sama-sama berdosa. Sama-sama saya mengajak saudara untuk kembali kepada yg Esa. Hinaan orang di sekeliling kita bukan penutup pintu taubat-Nya.

Taubat Allah hanya tertutup pada dua perkara, iaitu pertama, mati dan kedua, matahari terbit dari barat. Selain daripada itu, berkejar-kejaranlah kita mencapai keampunan-Nya.

Memang susah mahu meninggalkan dosa. Namun, kita perlu berusaha. Seperti usahanya pembunuh 100 orang, dalam hadith yg dilaporkan oleh Muslim, lelaki itu tidak sempat bertaubat. Tetapi, Allah mengampunkannya dan memasukkannya ke dalam syurga, kerana dia bergerak kepadaNya.

Jangan kita berlengah. Biar seluruh dunia menghina kita. Jangan kita jadikan itu pelambat langkahan kita kepada Allah s.w.t.

Saya ada kata-kata sebagai perkongsian, "sahabat, saya mahu berpimpin tangan dengan saudara untuk masuk syurga. Sekiranya saudara terjun ke dalam neraka sekalipun, saya juga terjun dalam api itu, bagi menarik tangan saudara semula."

Ini kerana, saya sahabat saudara. Apabila saya yg tersungkur, suka sekiranya ada yg menghulurkan tangan. Manusia, perlu sokong-menyokong, nasihat-menasihati, dan bantu membantu. Baru ada sempurna menyempurnakan.

Jangan berputus asa dengan hinaan orang.

Kita bergerak kepada Allah yang langsung tidak menghina kita.

Allah yang mengampunkan dosa-dosa kita.

شكرا جزيلا